Sunday 16 December 2012

Just Enjoy It, Ok ? .....


Assalamualaikum. Saya tak tahu kenapa, tiba-tiba hari ni rasa macam nak cerita serba sedikit mengenai diri saya pulak. Al-maklumlah selalunya saya asyik post benda-benda emosional je. Haha, sorry kalau bosan. So, enjoylah walaupun tak seberapa   J

Nama : Nur Zulaikha bt Zulkeflee.
Asal : Shah Alam, Selangor.
Sekolah rendah : Sekolah  Rendah Agama Integrasi sek. 19 Shah Alam.
Sekolah menengah : Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah sek. 11 Shah Alam.
Moto hidup : ‘ Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, teruskan berusaha tanpa putus asa. ‘.
Hobi : Berimaginasi, baca komik dan novel, mendengar music, melayari internet.
Cita-cita : Interior designer, ahli  astronomi 

Saya merupakan seorang peminat tegar komik dan anime. First komik yang saya beli tak silap saya tahun 2009/2010. Waktu tu saya darjah 5/6. Nama komik tu ‘ Full Moon Joker’. Sejak daripada tu, saya selalu beli komik kat  MPH/7-Eleven. Sekarang ni saya ada lebih kurang 30 buah komik ke  atas.

Komik yang paling saya suka ialah ‘Helios Eclipse’ hasil karya Kouru. Kouru ni sebenarnya pelukis komik Malaysia tau. Komik ini ada 8 siri. Haha, disebabkan saya ni ‘kipas susah mati’ Kouru, saya sanggup kumpul kelapan-lapan siri komik ni. Ramai orang kata komik ni bosan. Tapi bagi saya, komik ni sungguh seronok sebab komik ni penuh dengan science fiction dan fantasy. Lagi satu, kisah cinta dalam komik ni sungguh romantic even ending dia tak seperti yang diharapkan.




Nak tau tak kenapa saya minat … sangat dengan Kouru ? haha, sebab … lukisan dia, semua ….. cantik-cantik, comel-comel dan hensem-hensem belaka. Sampai kengkadang saya pon tergoda ngan watak dalam komik yang dia lukis. Hehe,  ;p .

Oklah, mungkin sampai sini je yang mampu saya bagitau pada anda semua. So, enjoylah ok ? …. Sekian, Wassalam …. =)




Monday 3 December 2012

Special for ' My Best Friends Till Jannah ' .. InsyaAllah ...




Teman …...
Kalianlah yang berada disisiku di kala aku susah, kalian jugalah yang berada di sisiku di kala aku senang,
Kalianlah yang banyak membantu aku dalam mengharungi alam persekolahan,
Kalian jugalah yang banyak mencipta kenangan manis dan pahit bersamaku,
Tidakkah kalian tahu bahawa kalian amat penting dalam hidupku?
Ya, kalian adalah  antara orang yang teramat penting dalam hiduku,
Tanpa kalian, aku akan berasa sunyi, Tanpa kalian, aku akan berasa sepi,
Kerana itulah aku amat memerlukan kalian,
Supaya kita dapat mengharungi segala cabaran yang mendatang, bersama …
Supaya kita dapat berkongsi segala kesedihan dan kegembiraan, bersama …
Dan juga supaya kita dapat berkongsi segala keperitan dan kepayahan, bersama …




Wahai teman ….
Kalian diibaratkan sepeti bintang, yang sentiasa menemani bulan di malam hari,
Seperti awan yang melindungi manusia daripada keperitan bahang sang mentari,
Seperti pantai dan laut yang menenangkan hati orang yang melihatnya,
Dan kadang-kadang, kalian juga boleh menjadi sepeti jarum yang apabila tersilap langkah, akan menyebabkan kesakitan,
Aku memang gembira kerana memiliki teman yang sentiasa berada di sisiku,
Dan aku harap, kalian juga berasa gembira kerana mempunyai teman seperti aku,
Walaupun aku mempunyai banyak kerenah, ragam dan perangai, kalian tetap menerima diriku yang serba kekurangan ini untuk dijadikan teman,
Aku bersyukur kerana mempunyai teman seperti kalian,
Aku berharap supaya persahabatan kita ini tidak akan putus sampai bila-bila, bak kata kalian ‘Friends till Jannah’,
Dengan izin-Nya, kita akan menjadi teman sampai ke syurga, InsyaAllah …

Akhir kalam, kalianlah teman yang selayaknya ku panggil dengan gelaran yang amat istemewa bagiku iaitu  ….  ‘SAHABAT ‘…. J


Khusus buat sahabat yang aku sayangi  : Syuhaidah, Siti, Raja, Dayah, Syahida, Nur Aiman, dan sesiapa sahaja yang sudi menerima diri ini. Terima Kasih   J …. Wassalam ... 

Ini adalah hasil tangan zulaikha zulkeflee sendiri. Bukan copy paste.





Saturday 6 October 2012

Good Luck 4 All PMR Candidates

Assalamualaikum. pada minggu hadapan, semua Form 3 di seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan besar mereka iaitu Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). saya nak ucapkan selamat maju jaya and all the best for all PMR candidates this year. terutama sekali pada semua calon PMR Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah sek. 11, Shah Alam. harap kalian dapat buat yang terbaik dan keputusan PMR korang itu dapat tingkatkan nama sekolah kita >_<.  Insya Allah ...

Tup-tap, Tup-tap, dah masuk bulan October. tahun depan pula tahun saya untuk hadapi PMR. tahun depan kena study betul-betul. tak boleh main-main. nanti kalau keputusan PMR teruk, saya juga yang susah. takpe,  I'll try my best for PMR next year. doakan saya ok ? sayang kamu semua . ok, sampai sini sahaja coretan saya kali ni. Goodbye. Assalamualaikum :)

Saturday 4 August 2012

Ya Allah, Berilah Aku Kekuatan dan Kesabaran ...


Assalamualaikum. hello brother, kenapa kau selalu nak cari gaduh dengan aku ? aku tau aku bukan macam apa yang kau harapkan. and for your information, aku tak boleh jadi macam apa yang kau harapkan. aku minta maaf. aku sayangkan kau sebab kau darah daging aku. tapi kenapa aku rasa macam kau adalah musuh utama aku dalam dunia ini? apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?

Kau tau tak, disebabkan kau aku rasa macam lelaki dalam dunia ini, semua sama je. aku rasa macam aku nak benci semua lelaki dalam dunia ini. tapi aku tak boleh. sebab aku tau lelaki dalam dunia ni semuanya tak sama.

But for your information, aku rasa mungkin AKU BENCI KAU. RASA MACAM NAK BUNUH KAU. tapi kau jangan risau, aku tak akan buat benda bodoh tu. aku tau mana dosa mana pahala. aku masih waras lagi. selagi aku masih hidup, selagi aku masih tinggal satu bumbung dengan kau, aku akan terus bersabar. terus bertahan sebab aku tahu Tuhan sayangkan orang yang bersabar.

Ya Allah, dalam bulan Ramadhan ini, banyak betul ujian yang Kau beri pada aku. tapi aku tau, Allah bagi ujian pada hambaNya kerana Allah tau yang hamba itu mampu untuk menghadapi ujian tu. jadi, aku akan terus bersabar dan bertahan. sebab aku tau, Allah tengah uji tahap kesabaran dan keimanan aku.

Dan kepada abang yang aku benci, aku masih tak tahu apa yang kau nak daripada aku, apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku. tapi, aku cuma nak kau tau yang aku tak adalah selemah yang kau fikirkan. OK !!!

Baiklah, samapi sini sahaja coretan saya kali ini. Saya dah malas nak taip lagi dah. Sekian , Wassalam .... :)

Sunday 22 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ...


Assalamualaikum. sekarang ni kita berada di bulan Ramadhan. Ya, bulan Ramadhan yang Mulia. Oleh itu, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Semoga segala amal ibadah kita pada bulan ini diterima olehNya.

Saya mengaku yang saya bukan seorang perempuan yang baik sangat. saya masih lagi melakukan dosa. Oleh itu, pada bulan ini, saya akan berusaha untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Saya akan cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah. Cuba untuk mencari redha dan cintaNya. Tapi saya tahu untuk lakukan semua itu bukan mudah. Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun saya perlu tunggu sehingga saya dewasa.

Akhir kata, semoga kita semua dapat menambahkan amal ibadah kita kepadaNya di samping mencari keredhaan dan keberkatan dariNya. Sekian, Wassalam ....