Sunday 16 December 2012

Just Enjoy It, Ok ? .....


Assalamualaikum. Saya tak tahu kenapa, tiba-tiba hari ni rasa macam nak cerita serba sedikit mengenai diri saya pulak. Al-maklumlah selalunya saya asyik post benda-benda emosional je. Haha, sorry kalau bosan. So, enjoylah walaupun tak seberapa   J

Nama : Nur Zulaikha bt Zulkeflee.
Asal : Shah Alam, Selangor.
Sekolah rendah : Sekolah  Rendah Agama Integrasi sek. 19 Shah Alam.
Sekolah menengah : Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah sek. 11 Shah Alam.
Moto hidup : ‘ Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, teruskan berusaha tanpa putus asa. ‘.
Hobi : Berimaginasi, baca komik dan novel, mendengar music, melayari internet.
Cita-cita : Interior designer, ahli  astronomi 

Saya merupakan seorang peminat tegar komik dan anime. First komik yang saya beli tak silap saya tahun 2009/2010. Waktu tu saya darjah 5/6. Nama komik tu ‘ Full Moon Joker’. Sejak daripada tu, saya selalu beli komik kat  MPH/7-Eleven. Sekarang ni saya ada lebih kurang 30 buah komik ke  atas.

Komik yang paling saya suka ialah ‘Helios Eclipse’ hasil karya Kouru. Kouru ni sebenarnya pelukis komik Malaysia tau. Komik ini ada 8 siri. Haha, disebabkan saya ni ‘kipas susah mati’ Kouru, saya sanggup kumpul kelapan-lapan siri komik ni. Ramai orang kata komik ni bosan. Tapi bagi saya, komik ni sungguh seronok sebab komik ni penuh dengan science fiction dan fantasy. Lagi satu, kisah cinta dalam komik ni sungguh romantic even ending dia tak seperti yang diharapkan.




Nak tau tak kenapa saya minat … sangat dengan Kouru ? haha, sebab … lukisan dia, semua ….. cantik-cantik, comel-comel dan hensem-hensem belaka. Sampai kengkadang saya pon tergoda ngan watak dalam komik yang dia lukis. Hehe,  ;p .

Oklah, mungkin sampai sini je yang mampu saya bagitau pada anda semua. So, enjoylah ok ? …. Sekian, Wassalam …. =)




Monday 3 December 2012

Special for ' My Best Friends Till Jannah ' .. InsyaAllah ...




Teman …...
Kalianlah yang berada disisiku di kala aku susah, kalian jugalah yang berada di sisiku di kala aku senang,
Kalianlah yang banyak membantu aku dalam mengharungi alam persekolahan,
Kalian jugalah yang banyak mencipta kenangan manis dan pahit bersamaku,
Tidakkah kalian tahu bahawa kalian amat penting dalam hidupku?
Ya, kalian adalah  antara orang yang teramat penting dalam hiduku,
Tanpa kalian, aku akan berasa sunyi, Tanpa kalian, aku akan berasa sepi,
Kerana itulah aku amat memerlukan kalian,
Supaya kita dapat mengharungi segala cabaran yang mendatang, bersama …
Supaya kita dapat berkongsi segala kesedihan dan kegembiraan, bersama …
Dan juga supaya kita dapat berkongsi segala keperitan dan kepayahan, bersama …




Wahai teman ….
Kalian diibaratkan sepeti bintang, yang sentiasa menemani bulan di malam hari,
Seperti awan yang melindungi manusia daripada keperitan bahang sang mentari,
Seperti pantai dan laut yang menenangkan hati orang yang melihatnya,
Dan kadang-kadang, kalian juga boleh menjadi sepeti jarum yang apabila tersilap langkah, akan menyebabkan kesakitan,
Aku memang gembira kerana memiliki teman yang sentiasa berada di sisiku,
Dan aku harap, kalian juga berasa gembira kerana mempunyai teman seperti aku,
Walaupun aku mempunyai banyak kerenah, ragam dan perangai, kalian tetap menerima diriku yang serba kekurangan ini untuk dijadikan teman,
Aku bersyukur kerana mempunyai teman seperti kalian,
Aku berharap supaya persahabatan kita ini tidak akan putus sampai bila-bila, bak kata kalian ‘Friends till Jannah’,
Dengan izin-Nya, kita akan menjadi teman sampai ke syurga, InsyaAllah …

Akhir kalam, kalianlah teman yang selayaknya ku panggil dengan gelaran yang amat istemewa bagiku iaitu  ….  ‘SAHABAT ‘…. J


Khusus buat sahabat yang aku sayangi  : Syuhaidah, Siti, Raja, Dayah, Syahida, Nur Aiman, dan sesiapa sahaja yang sudi menerima diri ini. Terima Kasih   J …. Wassalam ... 

Ini adalah hasil tangan zulaikha zulkeflee sendiri. Bukan copy paste.