Wednesday 29 May 2013

Miss My Friends So Much # inisemuaPOYO ...

Assalamualaikum. MUSIM CUTI SEKOLAH SUDAH TIBA !!! so, apa yang korang lakukan sepanjang cuti sekolah ini ? zulaikha balik kampunglah, ape lagi. minggu pertama, zulaikha berada di kampung. minggu kedua zulaikha berada di rumah. *apsal tetiba aku rase cam ayat aku ni skema sangat? haha, whatever .. :D

Entah kenapa masa cuti ni tiba-tiba terasa rindu pula kat kawan-kawan. maklumlah, saya berada di Terengganu, mereka berada jauhhh di Shah Alam sana.  #ini semua POYO.  hoho, so, untuk mengubati rasa rindu tu, I ada sediakan sedikit maklumat mengenai kawan-kawan yang I rindu sangat tu :))) *ayat tak boleh blah. first of all, kawan-kawan I dalam FAIRYTALE UNION.

1. Siti Nurliyana bt Mazlan Noor.
  • dia ni jenis yang 'happy-go-lucky'.
  • suka buat benda2x merepek. ( tengok gambar. rasanya boleh cam yang mana satu dia kan? ) 
  • rumah dia paling dekat dengan rumah zulaikha. so, zulaikha selalu jugaklah datang 'lepak' rumah dia.
  • dulu minat k-pop, sekarang minat anime. ( senang cerita dia minat dua2x sekali)
  • dalam 'happy family fairytale union' dia ni GRAND DATIN. besan GRANDMA. mak mertua Raja. nenek zulaikha. ada seorang anak lelaki (suami Raja, ayah zulaikha) #tambahan : dia ni sebenarnya BERMADU. ;DDD
2. Siti Nur Syuhaidah bt Basir.
  • dia ni yang paaaaliiinnngg baik antara kitorang semua. (jujur, tak tipu).
  • paling tinggi antara kitorang semua.
  • senang cerita, dia ni memang ada ciri-ciri perempuan muslimah :))) *untung sape jadi suami dia.
  • dalam 'happy family fairytale union' dia ni salah seorang daripada cucu GRANDMA. anak kandung kepada Raja.
3. Ku Nur Hidayah bt Ku Ahmad Romzi.
  • orang yang paling awal aku kenal antara ahli fairytale union yang lain.
  • lukisan dia memang perghhhh !!! cantik siot >_<
  • peminat k-pop yang tersangat-sangat.
  • haha, dia inilah our GRANDMA! mak kepada Raja. nenek kepada Syuhaidah dan Syahida. besan GRAND DATIN. 
4. Nurul Syahida bt Muhd Yusop.
  • paaaliing 'comel' antara kitorang semua.
  • emosi dan sikap dia unpredictable.
  • peminat tegar k-pop dan anime. sekutu kuat kepada Hidayah dan Siti.
  • dia ni boleh dikira 'anak buang' la jugak. *kalau dia baca mesti dia marah. HOHOHO! . Raja jumpa dia depan pintu. then, Raja jagalah dia sampai sekarang. kiranya anak angkat Raja dan cucu angkat kepada GRANDMA.
5. Raja Nur Hidayah bt Raja Badrul Hazim.
  • dia ni yang paaaallliiinngg AYU antara kitorang semua *sebab itulah letak nama dia kat bawah sekali ;p. #jeles la tu.
  • peminat k-pop tapi tak minat anime. tapi minat dia terhadap k-pop takdelah sampai tahap peminat tegar *rasanyalah.
  • ada pakej lengkap sebagai perempuan melayu terakhir ;). ayu, pandai, baik, cantik, sopan dan banyak lagi la. *tak nak puji banyak2x. nanti dia 'kembang' :DD
  • anak kepada GRANDMA dan menantu kepada GRAND DATIN. mak angkat zulaikha. ibu kepada Syuhaidah. ibu angkat kepada Syahida. isteri kedua kepada anak GRAND DATIN (ayah zulaikha).
6. Nur Zulaikha bt Zulkeflee. *nak jugak nama sendiri ( hoho, aku pun tak nak kalah jugak ) ;)
  • cucu sebenar GRAND DATIN. cucu angkat GRANDMA. ayah zulaikha (anak GRAND DATIN ) ada 2 isteri. isteri yang pertama ialah mak kandung zulaikha. tapi lepas dia melahirkan zulaikha, dia sakit. so, dia serahkan zulaikha (untuk dijaga) kepada Raja, iaitu isteri ayah zulaikha yang kedua. so, Raja ni merangkap mak tiri dan mak angkat zulaikha sekaligus. 
  • tu je * tak banyak pon kan ??? 
So, enam-enam nama di atas merupakan ahli rasmi FAIRYTALE UNION. kami mula bersahabat sejak darjah 6. dan InsyaAllah, hubungan kami ini akan kekal sampai bila-bila. seperti kata orang ' friends 'till Jannah' haha, InsyaAllah. 

Sebelum korang pergi meninggalkan blog zulaikha yang agak 'chantek' ini, korang cucilah mata korang tu dengan gambar-gambar kami berenam. SELAMAT BERKENALAN !!! :) Assalamualaikum ....