Saturday 4 August 2012

Ya Allah, Berilah Aku Kekuatan dan Kesabaran ...


Assalamualaikum. hello brother, kenapa kau selalu nak cari gaduh dengan aku ? aku tau aku bukan macam apa yang kau harapkan. and for your information, aku tak boleh jadi macam apa yang kau harapkan. aku minta maaf. aku sayangkan kau sebab kau darah daging aku. tapi kenapa aku rasa macam kau adalah musuh utama aku dalam dunia ini? apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?

Kau tau tak, disebabkan kau aku rasa macam lelaki dalam dunia ini, semua sama je. aku rasa macam aku nak benci semua lelaki dalam dunia ini. tapi aku tak boleh. sebab aku tau lelaki dalam dunia ni semuanya tak sama.

But for your information, aku rasa mungkin AKU BENCI KAU. RASA MACAM NAK BUNUH KAU. tapi kau jangan risau, aku tak akan buat benda bodoh tu. aku tau mana dosa mana pahala. aku masih waras lagi. selagi aku masih hidup, selagi aku masih tinggal satu bumbung dengan kau, aku akan terus bersabar. terus bertahan sebab aku tahu Tuhan sayangkan orang yang bersabar.

Ya Allah, dalam bulan Ramadhan ini, banyak betul ujian yang Kau beri pada aku. tapi aku tau, Allah bagi ujian pada hambaNya kerana Allah tau yang hamba itu mampu untuk menghadapi ujian tu. jadi, aku akan terus bersabar dan bertahan. sebab aku tau, Allah tengah uji tahap kesabaran dan keimanan aku.

Dan kepada abang yang aku benci, aku masih tak tahu apa yang kau nak daripada aku, apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku. tapi, aku cuma nak kau tau yang aku tak adalah selemah yang kau fikirkan. OK !!!

Baiklah, samapi sini sahaja coretan saya kali ini. Saya dah malas nak taip lagi dah. Sekian , Wassalam .... :)