Monday 13 January 2014

Hey You !! Yes, I'm Back :D

Bismillah.

Assalamualaikum. setelah sekian lamanya, akhirnya saya kembali semula! :D  Hai .. lama tak jumpa awak. YA, awak !! ;) *sila terasa.

Tuptap tuptap dah masuk 2014. bila zulaikha check balik post lama zulaikha, uiiisshhh, lama gila aku tak update blog ni. haha, maaf.

So, tahun baru, azam pun kena baru juga la kan ??? haha, mestilah. orang kat sini dah masuk Form 4 kot. mestilah jadi lebih matang kan ??? *haaattuiiiihhhh  :p .sebenarnya, kalau nak diikutkan, banyak sangat yang zulaikha nak share dengan korang. tapi disebabkan sifat malas telah melanda diri ini sejak sekian lamanya, jadi inilah hasilnya. penuh dengan habuk !!!

Disebabkan esok cuti sekolah sempena Maulidur Rasul, zulaikha nak ambil peluang ni untuk tulis seberapa banyak yang zulaikha mampu. tapi, disebabkan sekarang ni dah pukul 1.38 pagi, hehe, faham-faham jelah ya ??? :D

Zulaikha tak dapat nak janji. tapi In Syaa Allah, selagi mana zulaikha ada masa nak update blog, dan selagi mana zulaikha mampu mengalahkan sifat malas ini, zulaikha akan cuba untuk bercerita tentang baaannyyakkk perkara dengan korang. start daripada PMR, habis je PMR, aktiviti yang sekolah kami lakukan selepas PMR, saaammpaaii lah sekarang ni. tapi tak janjilah. mungkin ambil masa yang agak lama memandangkan sekarang ni zulaikha dah masuk Form 4. seperti kata cikgu 'usaha kamu tahun ni, 5 kali ganda lebih daripada waktu kamu PMR dulu tau'. so, faham-faham sendiri la ek ???

Untuk malam ni, mungkin sampai di sini sahaja kot. 'rajin' la nak tulis panjang-panjang. :D Oklah, selamat malam. mimpi ngeri-ngeri tau. ;) 

Oh-oh, sebelum terlupa. Salam Maulidur Rasul. semoga cahaya cinta kita terhadap baginda semakin berkembang dari hari ke hari. kalau korang boleh cari cinta manusia, takkanlah korang tak boleh nak cari cahaya cinta Rasullullah SAW pula kan ?? note to myself juga. so, sama-samalah kita menjalankan misi pencarian ini :)

Wassalam ...