Sunday, 16 December 2012

Just Enjoy It, Ok ? .....


Assalamualaikum. Saya tak tahu kenapa, tiba-tiba hari ni rasa macam nak cerita serba sedikit mengenai diri saya pulak. Al-maklumlah selalunya saya asyik post benda-benda emosional je. Haha, sorry kalau bosan. So, enjoylah walaupun tak seberapa   J

Nama : Nur Zulaikha bt Zulkeflee.
Asal : Shah Alam, Selangor.
Sekolah rendah : Sekolah  Rendah Agama Integrasi sek. 19 Shah Alam.
Sekolah menengah : Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah sek. 11 Shah Alam.
Moto hidup : ‘ Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, teruskan berusaha tanpa putus asa. ‘.
Hobi : Berimaginasi, baca komik dan novel, mendengar music, melayari internet.
Cita-cita : Interior designer, ahli  astronomi 

Saya merupakan seorang peminat tegar komik dan anime. First komik yang saya beli tak silap saya tahun 2009/2010. Waktu tu saya darjah 5/6. Nama komik tu ‘ Full Moon Joker’. Sejak daripada tu, saya selalu beli komik kat  MPH/7-Eleven. Sekarang ni saya ada lebih kurang 30 buah komik ke  atas.

Komik yang paling saya suka ialah ‘Helios Eclipse’ hasil karya Kouru. Kouru ni sebenarnya pelukis komik Malaysia tau. Komik ini ada 8 siri. Haha, disebabkan saya ni ‘kipas susah mati’ Kouru, saya sanggup kumpul kelapan-lapan siri komik ni. Ramai orang kata komik ni bosan. Tapi bagi saya, komik ni sungguh seronok sebab komik ni penuh dengan science fiction dan fantasy. Lagi satu, kisah cinta dalam komik ni sungguh romantic even ending dia tak seperti yang diharapkan.




Nak tau tak kenapa saya minat … sangat dengan Kouru ? haha, sebab … lukisan dia, semua ….. cantik-cantik, comel-comel dan hensem-hensem belaka. Sampai kengkadang saya pon tergoda ngan watak dalam komik yang dia lukis. Hehe,  ;p .

Oklah, mungkin sampai sini je yang mampu saya bagitau pada anda semua. So, enjoylah ok ? …. Sekian, Wassalam …. =)




No comments:

Post a Comment