Friday 7 June 2013

A Dream Came True ...



Assalamualaikum. dalam post2x yang lepas, zulaikha ada kata yang zulaikha suka berangan kan?? nak tau tak, tadi, salah satu angan-angan zulaikha dah jadi KENYATAAN !!!

Actually, ianya bukan angan-angan yang gempak sangat pun. it just a situation that i really want to see in this world. and even kalau berulang-ulang kali tengok pon mesti tak akan bosan punya. ceritanya begini ....

Pada pukul 8.30 malam tadi, hampir satu kawasan kat sini (Marang, Terengganu) blackout. so, semua orang duduk bertemankan cahaya lilin dan lampu suluh je.orang dalam rumah tak ramai sebab diorang pergi tolong rumah sebelah siapkan kenduri esok. so, zulaikha pon bosan. pastu ibu zulaikha pergi kat pintu, saje tengok jalan. cerah sket (sebenarnya still gelap sebab lampu jalan pon tak nyala). pastu ibu zulaikha tengok langit. ibu zulaikha kata ada baaaanyaaak bintang. zulaikha pon join skali. tapi lepas tu ibu zulaikha masuk rumah balik. zulaikha pon berdiri la sensorang kat pintu tu.

Sambil-sambil tengok bintang kat langit tu, hati ni tak henti-henti ucapkan Subhanallah, MasyaAllah, Allahuakbar .... betapa besarnya kuasa Allah. Dia yang menciptakan bumi, matahari, langit, bulan, dan juga bintang. betapa banyaknya nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita. cuma kita sebagai hamba-Nya sahaja yang selalu alpa dan lupa tentang semua itu.

Waktu tu seriously zulaikha cakap, hati ni rasa tenannggg sangat. rasa macam berada kat dunia imaginasi yang selalu zulaikha impikan. cuma, yelah, walaupun tak berada kat sebuah kawasan yang ada banyak bunga dan berhampiran air terjun/sungai, still dapat buat zulaikha rasa gembiraaaa sangat :)))

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah, Engkau telah memperlihatkan kepadaku satu pemandangan yang sangat indah, pemandangan yang selalu aku impikan dalam hidupku. semoga satu hari nanti, aku dapat melihat lagi pemandangan yang sebegini indah dan memukau pandangan mataku dan yang dapat menimbulkan rasa syukur serta taajub dalam hati dan diriku. Amin ... ^_^


No comments:

Post a Comment