Sunday 24 March 2013

Dunia Fantasy Ku ...


Assalamualaikum. Agak lama zulaikha tak udate blog kan? Last update pun yang copy paste punya. Sorry, zulaikha agak ‘busy’ dengan homework dan lain-lain lagi. Maklumlah zulaikha nak PMR tahun ni. So, kenalah study lebih sikit. Betol tak?

Ok, malam ni zulaikha nak cerita sikit pasal impian zulaikha yang zulaikha yakin memang sampai bila-bila pun tak akan tercapai punya.

Korang mesti selalu dengar kisah-kisah dongeng atau fantasy masa korang kecik2x dulu kan? Haha, semua orang mesti pernah dengar punyalah. Samalah macam zulaikha. Jujur sejujur-jujurnya, sampai sekarang ni pun zulaikha mash layan cerita2x fantasy ni (tak matang betul). Korang tak rasa seronok ke bila korang dengar pasal cerita2x tu semua? Seriously, zulaikha akan rasa saaanggat happy bila dengar cerita2x tu. Sebab apa? Sebab zulaikha ni memang jenis orang yang sukaa berangan dan berimaginasi. Haha, terbangga pulak >_< .

Tapi, antara semua cerita fantasy yang zulaikha pernah dengar, ada satu yang zulaikha harap betol2x boleh jadi kenyataan. Ceritanya adalah tentang … MERMAID. Zulaikha haraaap sangat yang mermaid tu btol2x wujud dalam dunia ni (walaupun zulaikha tau ianya agak mustahil). Zulaikha taknaklah cerita yang sama macam cerita Little Mermaid tu. Apa yang zulaikha harapkan ialah zulaikha, as a human, terjumpa dengan satu mermaid. Lepastu mermaid tu bawa zulaikha pergi kat dunia dia di dasar laut. Haa, tak ke seronok camtu. Dapat tengok pelbagai kehidupan yang berada kat dasar laut, dapat tengok cara mermaid hidup dan macam-macam lagilah.

Seriously, kalau impian fantasy zulaikha tu betol2x jadi kenyataan, zulaikha tak tau camne nak gambarkan betapa happynya zulaikha time tu (itupon kalo btol2x jadi kenyataan la). Mesti rasa excited punya (rasa takut pun ada juga sebenarnya).

Kesimpulannya, (ceh, macam dalam karangan pulak), hidup zulaikha ni sebenarnya penuh dengan imaginasi. Sampai kadang-kadang tu rasa penat pon ada sebab asyik berimaginasi je. Tapi sometimes bila berimaginasi pon dapat release tension tau. Tak percaya, trylah. =)

Sampai ni je kot yang zulaikha rasa zulaikha nak bagitau korang. Ade masa nanti kite berjumpa lagi di post yang akan datang. Selamat malam, Assalamualaikum. =)





No comments:

Post a Comment